Friday 3 December 2021

Drive D tiba-tiba hilang lepas update Windows 10? Cuba langkah ini.


Selamat malam korang. Aku harap korang sihat dan sentiasa positif bila masuk bulan Disember ini. Walaupun kita diambang endemik yang tidak pasti bila..aku harap janganlah dilaksanakan sekatan rentas negeri dan daerah lagi. Aku sudah cukup terseksa bila tak dapat balik rumah. Sebab family duduk jauh, kalau duduk di belakang rumah senanglah cerita. 

Okey baiklah, aku nak ceritakan satu peristiwa dimana Drive D tiba-tiba hilang di laptop aku. Jadi aku panik, tak tahu nak buat apa. Sudahlah aku letak semua assignment aku dalam tu. Segala kerja, gambar semua aku letak situ. Memang rasa nak menangis. Antara faktor yang terjadi bila Drive D korang tiba-tiba hilang adalah:

1. Update kepada Windows 10. 
Ya, ini korang kena berhati-hati. Aku sebenarnya pelik lah kenapalah laptop aku ni suka sangat auto update. Sebenarnya kalau orang kata auto update ni bagus, sebenarnya tak ya tuan-tuan. Auto update ni akan memberatkan dan makan space laptop korang. Korang kena cuba buat dia stop auto update. Boleh pergi ke setting laptop untuk hentikan. (Control Panel).

2. Drive D diformat atau telah didelete.
Yang ini korang kena pastikan Drive D korang tidak diformat atau didelete. Kalau dah didelete, kemungkinan nak dapat balik memang agak sukarlah. Jadi, kalau korang tak pandai nak betulkan, jangan gatal tangan nak buat sendiri. Nanti semua data dalam Drive D tu hilang. Naya pak karim lerrr. Menangis air mata darah pun tak ada guna.

3.Drive D tak hilang, cuma drive letter nya sahaja yang hilang.
Yang ini korang boleh pergi ke Disk Management dan tick kepada listkan disk tu. Kemungkinan dalam Disk Management dia tak untick. Sebab tulah jadi macam tu. 

Solusinya yang lain kalau cara yang no 3 ni tak berkesan, korang boleh cuba cara di bawah: 

1. Pergi ke Disk Management, cari perkataan Action dan select Rescan Disks. Kita buat macam ni macam nak bagi sistem tu kenalpasti balik Drive D yang hilang tu.



Korang cuba dulu cara ini. Kalau tak berjaya, korang kena restore system dia semula. 

2. Taip system restore dekat bahagian Search. Tekan "Create a restore point".

2. Dia akan keluar pop up window, tekan System Restore untuk mula.

3. Korang ikut je langkah-langkah wizard tu suruh buat apa.  Dia akan amik masa dalam 10-30 minit macam tu lah. 

4.TIPS: Bila dah mula, System Restore tak boleh diganggu. Jangan tekan apa-apa, tunggu saja laptop kita tu akan restart balik. Pastikan segala program dekat laptop tu sudah ditutup. 

Kalau tidak berjaya, korang kena download salah satu software AOMEI Professional Tool.  Ini sahaja jalan yang terakhir. Huhu. Aku pun tak pernah buat pakai tool ni so aku tak boleh nak ajar dan buat tutorial. Aku harap tutorial dan tips ini membantu korang ya. 

Sumber gambar: Diskpart.com

Baca juga: Keluarkan Tabung melalui MAE 

Baca juga: Giveaway By Nazfea Solehah & Arra Sephia 

4 comments:

Popular Posts