Monday, 17 July 2023

Menyepi..mental breakdown.

Assalamualaikum. Maaf sebenarnya aku tak sempat nak post segala aktiviti yang berlaku. Maklumlah, aku bukannya seorang blogger sepenuh masa. Aku hanya menulis segala aktiviti yang aku rasa aku nak kongsi, sebab itulah aku jarang nak menulis sangat. Aku memilih juga topik yang aku rasakan sesuai untuk aku letak di dalam blog ni. 

Mesti korang juga tertanya-tanya, kenapa hampir sebulan tak ada post dari aku kan? Aku sebenarnya baru nak pulih dari mental breakdown. Sejujurnya sebulan yang lepas mental aku tak okey. Aku rasa macam tak larat dah nak teruskan untuk bekerja. Aku dah sampai tak ada jiwa untuk datang bekerja. Hampir empat bulan sahaja, tak perlu tunggu setahun. 



Nasib baiklah ada kakak-kakak yang memahami, merekalah yang bantu aku untuk terus bekerja dengan tenang. Aku ni seorang yang rajin bekerja jugak, bukanlah malas sampai tak nak buat apa. Kerja pun boleh dikatakan tiptop. Sejak datang ke tempat baru, aku rasa down. Rasa tak selesa segalanya lah. Tapi, kerja masih aku buat. Cuma aku tak ada semangat, aku perlukan suasana baru. 

Sebab itu, lepas habis saja kerja, aku akan terus ke Family Mart ke, shopping mall ke, sebab aku nak reward diri aku, tak nak terlampau stres. Nanti emosi aku tak stabil, agak susah juga untuk datang kerja.Dan inilah jawapannya kenapa aku menyepi dari tulis blog. Bukan blog saja, media sosial pun aku menyepi jugak. Sebab aku nak berehat dari tengok media sosial. Kadang-kadang media sosial ini jugak boleh mendatangkan toksik dalam hidup kita. Jadi, berehatlah. Aku memilih untuk menyepi dari semua. 

Ada tak korang pernah rasa macam apa yang aku rasa? Dari segi luaran, jasad saja yang masih bernyawa. Hakikatnya, aku sudah lama 'mati'. Umpama mayat hidup. Nak dijadikan cerita, aku pernah menangis atas hal yang kecik saja, sedangkan aku bukanlah orang yang sebegitu sebelum ini.. 



Aku ada suarakan hasrat aku untuk bertukar tempat kerja, rakan-rakan aku menyokong hasrat aku. Aku letih juga berulang selama hampir sejam jika hadap jammed. Sehinggakan aku pernah kemalangan kecil semasa dalam perjalanan ke rumah. Aku trauma. Nak tengok jalan tempat aku kemalangan pun aku dah tak boleh. Sampai sekarang, aku tengok dari jauh saja. Nak lalu? Memang aku elakkan. Aku sanggup ambil jalan yang lebih jauh. Asalkan aku tak bertembung dengan tempat aku kemalangan dulu. 

Korang doakanlah supaya aku dapat bertukar ke tempat yang dekat sedikit dengan rumah. Dan juga persekitaran yang baik. Jika ada perubahan di tempat kerja aku sekarang ke arah yang positif, inshallah akan aku pertimbangkan soal perpindahan tu. Jika sebaliknya, aku rasa lebih baik aku berundur diri. Aku nak kerja lama lagi, tak kanlah aku nak seksa mental aku disebabkan perkara yang tak sepatutnya kan? 

Baiklah, setakat ini sahaja post aku. Terima kasih sebab sudi baca. Bye! Take care :)

13 comments:

  1. Cuya baru je buat ig story berkenaan tempat kerja.
    Kalau tempat kerja toksik, baik cari kerja lain.
    Mental health kita lagi penting drpd apa2 pon.

    Moga di permudahkan urusan kerja tu ya.
    Semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. memang sekarng cari tempat yang ok.tengah nak apply. moga ada rezeki.

      Delete
  2. Harap dapat tukar kerja ke tempat yang lebih baik. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. doakan ya. tengah nak apply baru. moga ada rezeki

      Delete
  3. moga semua urusan dipermudahkan, moga yg baik2 saja and semoga semangat nya kembali pulih...aamiin.

    ReplyDelete
  4. semoga dpt tukar keja yg lebih kondusif.. cuba keluarkan peluh pulak, briskwalk ke, cycling ke, hiking ke... manatau boleh release sedikit stress tu.. take care ya sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu sy brisk walk jugak petang2. nak bagi hilang stress

      Delete
  5. faham rasa burnout tu. masa jadi tu memang off dari socmed lepastu ambil cuti. Cari cara nak semangat kerja balik. Alhamdulillah environment dekat office sekarang dah berubah so much better dari dulu. Kalau awak dapat option untuk resign/pindah just do it. Mental health awak lagi penting. Take care and all the best :)

    ReplyDelete
  6. thank you awak. betul, mmg nak menyepi dari semua socmed.

    ReplyDelete

Popular Posts