Sunday, 30 January 2022
Pageviews ke 79,000!
Thursday, 27 January 2022
Hukum Memakan Daging Penguin
Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum memakan daging penguin?
Jawapan: Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.”
Ayat ini ditujukan kepada seluruh manusia sama ada orang beriman ataupun kafir, supaya memakan apa yang ada di atas muka bumi, yang terdiri daripada biji-bijian, buah-buahan dan haiwan-haiwan yang telah dihalalkan untuk mereka mengambilnya (yakni makan dan ambil manfaat daripadanya), bukan dengan cara merampasnya, mencuri, jual beli yang diharamkan atau perkara-perkara yang seumpamanya. Manakala lafaz ‘tayyiban’ pula bermaksud bukan daripada perkara yang buruk (yakni kotor dan jijik) seperti bangkai, darah, daging babi dan lain-lain. Oleh itu, ayat ini merupakan dalil bahawa hukum asal bagi sesuatu perkara itu (untuk dimakan dan diambil manfaatnya) adalah harus.
Definisi penguin dan habitatnya
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penguin ialah sejenis burung laut di Antartika yang berwarna hitam putih, berkaki pendek, menggunakan sayapnya untuk berenang, dan berjalan tegak lurus di darat. Penguin membentuk order penguin, Sphenisciformes, dan famili Spheniscidae. Ia termasuk dalam sekumpulan burung akuatik yang tidak dapat terbang.
Penguin ialah burung luar biasa yang berdiri tegak di atas kakinya yang pendek dan berjalan tergedek-gedek dengan gaya yang kekok dan menggelikan hati. Penguin tidak boleh terbang tetapi pandai berenang. Penguin tinggal di separuh bahagian di dunia selatan. Beberapa jenis penguin, termasuk penguin Adelie dan penguin Maharaja tinggal di atas ais Antartika. Yang lain-lain terdapat jauh di utara di kawasan yang menerima arus laut yang sejuk dari kawasan Antartika.
Semua penguin mempunyai bulu pendek dan tebal pada badannya yang pendek dan gempal. Bulunya putih di perut dan hitam atau hitam kebiru-biruan di belakang. Sesetengah penguin mempunyai jambul daripada bulu panjang di sisi kepalanya dan tompok-tompok berwarna cerah pada lehernya yang pendek dan lebar. Penguin hilang keupayaan untuk terbang berjuta-juta tahun dahulu. Sayapnya bertukar menjadi sayap sirip yang berfungsi sebagai dayung dalam air. Sayap sirip ini serta kaki renang, menjadikan penguin pandai berenang dan menyelam. Bulunya yang pendek dan lebat menjadi bulu kalis air. Lapisan lemak yang tebal memanaskan penguin semasa dalam air sejuk.
Penguin memakan ikan. Ia menghabiskan sebahagian besar hidupnya dalam air, tetapi bertelur dan membela anaknya di atas darat atau di ais. Semasa di darat, ia membuat sarang dalam koloni yang dikenali sebagai rookery. Sesuatu rookery mungkin mengandungi sehingga sejuta penguin.
Hukum memakan penguin
Pada asasnya, ulama mazhab Syafi‘i berpendapat, semua jenis burung air adalah halal untuk dimakan kecuali burung bangau — kerana terdapat perbezaan pendapat mengenainya — sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam al-Rafi‘i. Tambahan lagi Imam al-Ghazali ada menyebutkan bahawa semua burung air itu hukumnya adalah harus untuk dimakan dan begitu juga seluruh haiwan air yang lain kecuali haiwan yang ada bandingannya dengan haiwan di darat yang haram kerana dalam hal ini terdapat dua pendapat mengenainya — iaitu sama ada halal atau haram.]
Justeru, begitulah juga hukumnya ke atas daging penguin iaitu halal dimakan kerana ia adalah sebagaimana hukum burung-burung air yang lain. Begitu juga, penguin tidak termasuk dalam kategori burung yang mempunyai kuku kuat dan boleh melukakan sebagaimana yang dilarang oleh Nabi SAW. Hal ini adalah berdasarkan kepada riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ كُلِّ ذِي نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ وَعَنْ كُلِّ ذِي مِخْلَبٍ مِنَ الطَّيْرِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang daripada memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam.”
Kesimpulannya
Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa daging penguin halal untuk dimakan kerana penguin termasuk dalam kategori burung air. Selain itu, ia juga tidak termasuk dalam kategori burung yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Wallahua‘lam.
Sumber:Maktabah al-Bakri
Coffee Lovers, Ini Yang Perlu Anda Tahu!
Sejarah kopi.
Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas. Kopi berasal daripada benih biji kopi yang dipanggang menghasilkan suatu air berperisa pahit manis. Jadi, tidak peliklah bahawa air kopi menjadi air yang disukai di seluruh dunia.
Minuman ini mula ditemui dalam abad ke-9 di tanah tinggi Habsyah. Dari situ, ia berkembang ke Mesir dan Yaman di mana ia dimasyhurkan dalam kalangan ahli sufi. Pada abad ke-15, air ini telah sampai ke Armenia, Parsi, Turki dan utara Afrika. Dari negara Islam, akhirnya penyebaran kopi tersebar ke Itali dan seluruh Eropah sehingga pergi sejauh benua Amerika.
Penanaman kopi
Terdapat dua spesies utama pokok Kopi iaitu Coffea Arabica merupakan kopi tradisional, dan dianggap lebih baik. Seterusnya, Coffea Canephora (Robusta) mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi dan boleh ditanam di kawasan yang tidak sesuai untuk Arabica.
Ini mendorong kepada penggunaannya sebagai gantian yang lebih murah bagi Arabica dalam kebanyakan hasil kopi perdagangan. Berbanding Arabica, Robusta cenderung mempunyai rasa pahit dan lebih berasid. Robusta pula kopi yang bermutu tinggi digunakan sebagai bahan dalam sesetengah campuran ekspresso untuk menambah lebih rasa pada kos yang lebih rendah. Di Itali kebanyakan ekspresso menggunakan Robusta yang digoreng garing (dark roasted ).
Buah kopi
Pengambilan kopi kepada kesihatan tubuh
Secara umumnya mengambil kopi ‘O’ tanpa gula dengan jumlah yang sederhana adalah baik kepada kesihatan. Mengambil kopi O dengan gula yang sedikit sekadar satu sudu masih boleh dikira sihat, tetapi jika diambil dengan pemanis gantian lain seperti stevia atau sukralose yang tanpa kalori adalah lebih baik. Namun, kopi yang dicampur dengan krimer juga tidak sihat kerana krimer mengandungi asid lemak ‘trans’ yang tidak baik untuk kesihatan dan boleh menjadi punca masalah pengerasan saluran darah (atherosklerosis) dan boleh menyebabkan masalah penyakit jantung.
Secara umumnya secawan kopi mengandungi 95mg kafein. Jumlah pengambilan kafein yang selamat dalam sehari adalah menurut United States Department of Agriculture (USDA) dan European Food Safety Authority (EFSA) adalah tidak melebihi 400mg sehari iaitu lebih kurang 2 ke 4 cawan kopi sahaja sehari. Walaubagaimanapun wanita yang mengandung dinasihatkan hanya mengambil kafein tidak melebihi 200mg sehari.
Kopi boleh menyebabkan ketagihan bagi sesetengah orang dan kebiasaannya orang yang ketagih kopi yang akan mengambil kopi secara berlebih-lebihan. Kesan kopi yang ‘berlebihan’ juga akan menghilangkan khasiatnya yang baik seperti meningkatkan stres, meningkatkan kadar keradangan saluran darah secara tidak lansung meningkatkan risiko penyakit jantung. Ia juga meningkatkan rintangan insulin darah dengan itu menyebabkan masalah diabetes pula. Di samping itu pengambilan kopi secara berlebihan akan menyebabkan masalah gastrik, pedih ulu hati, penghadaman terganggu dan mengganggu keseimbangan bakteria baik dalam usus. Ia juga boleh menyebabkan gangguan kepada tidur, menyebabkan kemurungan dan kerisauan yang melampau.
Sumber: Dr. Norman Mohd Norawi.
Guide memilih jenis kopi
1. Coffee Latte: Susu 80% kopi 20%
2. Cappucino: Susu 50% kopi 50%
Tuesday, 25 January 2022
Movie Review: Makmum 2
Makmum 2 adalah sebuah movie horor Indonesia tahun 2021 oleh produksi Blue Water Films dan Dee Company yang diarahkan oleh Guntur Soeharjanto. Movie ini merupakan sekuel dari movie Makmum di tahun 2019 dan diadaptasi dari film pendek karya Riza Pahlevi.
Movie ini ditayangkan di pawagam Indonesia pada 30 Desember 2021 dan juga ditayangkan di pawagam Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam pada 13 Januari 2022.
Sinopsis
Selepas kematian suaminya, Rini bersama anaknya Hafiz pulang ke kampung kerana ingin melawat dan menguruskan pengebumian makciknya yang baru sahaja meninggal dunia. Kata orang kampung, makciknya menemui ajal akibat pergi ke Hutan Larangan. Rini sama sekali tidak percaya dan akan merungkaikan masalah itu sendiri. Sejak hari pertama kedatangan Rini ke kampung tersebut, pelbagai peristiwa aneh yang berlaku. Antaranya, jin Khanzab iaitu hantu Makmum sering mengganggunya ketika solat seakan-akan mahu memberi petunjuk kepadanya. Keadaan semakin memburuk apabila anaknya, Hafiz hilang dan ditemukan di dalam Hutan Larangan itu. Rini cuba untuk menyembuhkan Hafiz dengan caranya sendiri.
Para pelakon
Titi Kamal sebagai Rini
Samuel Rizal sebagai Alif
Pritt Timothy sebagai Pak Ustadz
Kukuh Prasetya sebagai Pemandu
Marcella Zalianty sebagai Aisyah
Dea Panendra sebagai Lastri
Otig Pakis sebagai Mbah Zahar
Ence Bagus sebagai Dika
Jason Doulez Beunaya Bangun sebagai Hafiz
Seteng Yuniawan sebagai Petugas PLN
Fuad Idris sebagai Pak Ajis
Tomo Idris sebagai Doktor
Misha Jeter sebagai Ningsih
Zayen Aqilah sebagai Budak tempang
Yusuf Ozkan sebagai Afdal
REVIEW*
Sebenarnya aku sudah lama tonton movie ini dekat pawagam, cuma masih belum berkesempatan untuk review. Movie ini kalau korang tidak menonton Makmum 1 pun tidak mengapa, storyline nya amat berbeza berbanding Makmum 1. Pelakon utamanya masih tidak berubah, namun beberapa pelakon yang asal telah ditukar. Kiranya dalam movie Makmum 2 ini banyak pelakon barulah.
Movie ini masih lagi ditayangkan di pawagam, jadi jangan lepaskan peluang korang untuk tengok. Bagi aku movie ini ada sedikit elemen keseramannya dan jumpscare pada awal-awal movie. Cuma, aku sedikit tertanya-tanya watak pada akhir movie dan siapa budak pada pertengahan movie tersebut. Masih lagi timbul tanda tanya. Aku harap akan ada terungkailah persoalan itu pada movie yang akan datang. Bahagian jumpscare movie ini aku bagi 7/10 sebab berjaya membuatkan aku terkejut dan masa aku tengok movie ini aku pejam mata jugak lah, mana tahu ada hantu keluar ke kan.
Namun, apabila sampai ke pengakhiran cerita, bagi aku cerita ini agak dragging dan pengajaran utama cerita ini adalah bersama-samalah menjaga alam sekitar kita kerana makhluk halus di dalam Hutan Larangan itu tidak mahu penduduk menebang pokok yang sudah mereka diami sejak beribu-ribu tahun lamanya. Akibat itu, pembinaan masjid asyik tertangguh kerana di bahagian dindingnya retak terus. Jadi, untuk korang yang nak lihat sendiri movie ini di pawagam, korang boleh pergi di pawagam yang berdekatan. Bagi aku tak salah untuk menonton, cuma janganlah sampai mengganggu diri kita sewaktu solat sudah.
Sekian sahaja entri untuk kali ini. Nah, aku belanja trailer untuk movie ini
.
Beli Baju Yenz, Berpeluang Memenangi IPHONE 13 Bernilai RM6999 dan OOTD Cash Sebanyak RM500!
Beli baju Yenz
Baiklah, setakat ini sahaja entry untuk kali ini, selamat membeli belah!
Monday, 24 January 2022
Tutorial Memasang Widget "Online Users" Blog
Hentikan Bercukur Jika Tak Mahu Ini Terjadi! Inilah Sebabnya Anda Perlu Bertukar Kepada Waxing.
Seringkali kita gunakan pencukur untuk membuang lebihan bulu-bulu yang ada di badan kita. Namun, tahukah anda, bercukur hanyalah akan membuatkan anda rasa gatal, tetapi bulunya tidak tercabut dari akar? Amatlah rugi kerana bulu ini hanya dicabut atas permukaan sahaja. Sebab itulah, bulu akan cepat panjang dan menjadi kasar, amat berbeza jika anda gunakan wax.
Keburukan bercukur
Bercukur ini mempunyai beberapa keburukan untuk kulit, antaranya ialah permukaan di tempat yang dicukur itu menjadi hitam, kulit akan menjadi luka akibat daripada tajamnya pisau itu, dan yang paling rasa kurang selesa, apabila kita rasa tajam-tajam. Jadi, lebih baik bertukar kepada wax. Kulit rasa licin sahaja.
Mengapakah anda perlu gunakan wax?
Penggunaan wax dapat membantu melambatkan pertumbuhan bulu. Apabila anda gunakan secara konsisten, bulu yang tumbuh akan menjadi halus dan jarang-jarang. Penggunaan wax tidak akan menyebabkan bulu anda menjadi panjang dan tebal. Namun begitu, kadar masa pertumbuhan bulu bergantung kepada hormon seseorang. Berikut adalah kitaran jangkaan masa pertumbuhan bulu pada tubuh badan kita.
1. Ketiak > 2-3 minggu
2. Kaki > 2-3 bulan
3. Private part > 1-2 minggu
4. Atas bibir > 1-2 bulan
Mengapakah anda perlu memilih Wawawax?
Berikut pengalaman aku sendiri, jika bercukur akan menyebabkan kegatalan dan naik tiny bumps. Rasa yang tidak selesa kerana asyik menggaru sahaja kan, jadi aku bertukar kepada Wawawax. Sangat mudah nak guna, didatangkan dengan kain strips dan kayu aiskrim untuk letakkan wax. Sangat mudah dan pantas. Tak perlu panaskan pun. Sebenarnya sebelum bertukar kepada Wawawax, aku sendiri pernah cuba wax jenama lain, cuma bulunya tak banyak grip berbanding Wawawax. Jadi, untuk waxing, aku sarankan korang beli brand ini ya.
Tips Waxing
1. Sebelum wax, pastikan anda skrub kan tempat mana yang hendak di wax kan itu. Ini untuk bulu lebih senang dicabut dan kurang rasa sakit.
2. Pastikan tabur bedak di tempat yang hendak wax terlebih dahulu. Kalau berpeluh atau basah, bulu susah hendak dicabut.
3. Lepas selesai wax, jangan lupa letakkan aloe vera dan skrub kembali dalam masa 24 jam lah untuk mengelakkan ditumbuhi ingrown hair. Ingrown hair ini kalau dia nak tumbuh memang sakit jugaklah. Tak senang duduk dibuatnya.
Kelemahan Wax Jenis Ini, Boleh Tukar Kepada Hard Wax
Jika guna wax jenis tiub ini agak melekit juga sebab gula kan, kain strip juga perlu dibasuh. Jadi jika tak nak guna wax jenis ini, boleh guna hard wax. Senang, tak perlu basuh pun kain strip.
Baiklah, sekian sahaja untuk entry kali ini. Moga bermanfaat.
Sunday, 23 January 2022
Panduan Genggaman Pensel yang Betul Buat Anak
Kenapa dengan Google Adsense?
Saturday, 22 January 2022
Pageviews Dah Cecah 77000!
Tatacara Sujud Syukur
SUJUD SYUKUR: ADAKAH PERLU BERWUDHUK DAN MENGHADAP KIBLAT?
DALIL DAN HUKUM SUJUD SYUKUR
TATACARA SUJUD SYUKUR
BILAKAH WAKTU UNTUK SUJUD SYUKUR
KELEBIHAN SUJUD SYUKUR
KESIMPULAN
Rujukan:
Thursday, 20 January 2022
Perlukah Ibu Bapa Rotan Anak Sekiranya Mereka Lemah dalam Pembelajaran?
Wednesday, 19 January 2022
Tips Menabung Emas dengan Maybank
Cara Menghilangkan Rasa Pijar Cili Di Tangan
Bagaimana cili menghasilkan rasa pedas?
Tuesday, 18 January 2022
Kenali Jin Yang Teringin Masuk Ke Rumah Kita Waktu Maghrib
Cara Mengenal Daun Ketumbar dan Daun Sup
Daun ketumbar |
Daun sup |
5. KEGUNAAN DALAM MASAKAN
Daun ketumbar: Biasanya, daun ketumbar ini banyak digunakan dalam masakan Thai, jaranglah digunakan dalam masakan Melayu. Misalnya Tomyam Thai, kerabu atau Nasi Ayam Thai. Lagi banyak, lagi sedap.
Daun Sup: Biasanya daun sup ini digunakan dalam masakan Melayu seperti sup ayam, mi goreng dan nasi goreng. Aromanya lebih lazat dan tidaklah berbau kuat jika diletakkan dalam masakan.
Setakat ini sahaja entri kali ini, moga bermanfaat.
Popular Posts
-
Assalamualaikum. Dah lama aku simpan post ni. Baru hari ni aku berkesempatan nak publish. Oh ya, ini merupakan kali pertama aku pergi travel...
-
Assalamualaikum. Giveaway ini bermula pada 18 hingga 31 Disember 2024. Besarlah harapan aku agar rakan-rakan blogger memberi sokongan deng...
-
Assalamualaikum, hari ini aku nak kongsikan bagaimana kalau korang nak dapatkan balik sijil SPM ke PMR ke yang hilang. Aku harap entri ini...
-
Assalamualaikum. Jom kita join segmen ni. Syarat pun mudah saja. 1. Follow blog JMBLOG 2. Copy banner dan post dekat entry korang 3. Foll...
-
Assalamualaikum. Jom kita join giveaway di bawah. Syarat-syarat Penyertaan Giveaway by ejulz 2024 1. Terbuka buat blogger yang menetap di Ma...
-
Hari ini aku singgah di Family Mart Sg Juru. Sebenarnya aku jarang singgah di RNR Juru ni. Tapi disebabkan saja nak singgah tengok macam man...
-
Assalamualaikum dan selamat malam. Disebabkan ramai yang search dekat blog aku ni template dam ular yang aku pernah buat sebelum ni, ha kor...
-
“Ustazah, setiap kali musim banjir, saya pasti akan tertanya-tanya bagaimana dengan status wuduk dan mandi wajib saya. Adakah sah jika say...