Sunday 20 February 2022

Food Review: Salted Egg Popcorn Chicken Bento di Family Mart


Hari ini aku singgah di Family Mart Sg Juru. Sebenarnya aku jarang singgah di RNR Juru ni. Tapi disebabkan saja nak singgah tengok macam mana rupa dia, jadi aku pun singgah sekejap. Di sini ada banyak kedai ya, berbanding RNR yang lain aku rasa. Cuma nak lawan Restoran Jejantas Sg Buloh tu taklah kan. Aku rasa kalau area utara ini ada restoran jejantas, mesti berduyun-duyun orang datang. 




Katanya Family Mart akan bukak cawangan dia dekat Sg Petani dan jugak Kulim. Ha, masin mulut aku. Akhirnya tak payah nak pergi Sg Dua semata-mata nak rasa sofuto dia. 

Cari punya cari, aku pun ambiklah Salted Egg Popcorn Chicken Bento. Rasa salted egg tu memang sedap. Tak kedekut. Rasa pedas-pedas sikit bila gigit cili merah tu, jadi korang tak akan rasa muak. Harga dia pun boleh tahan, RM11.90 satu. Selalu kalau aku singgah di Family Mart, menu yang sering aku order adalah sofuto, lasagna, spicy macaroni and cheese dan jugak salted egg chicken popcorn bento inilah. Susah nak order oden ke ramen ke, sebab jarang nak makan haha. 



Dessert yang menjadi pilihan aku chocolate mousse. Yang lain aku tak minat sangat. Baiklah, kenapa aku selalu order menu ni? Sebab aku pernah order menu lain, tapi rasa dia sedikit masin, kalau korang order Thai Basil Chicken tu. Jadi aku makan sikit saja. Aku jugak pernah order Nasi Telur Bungkus dengan Sos Lada Hitam. Sosnya tak berasa sangat pun lada hitam huhu. Sayang beribu kali sayang. Mungkin tak kena pada tekak aku. Kena pada tekak orang lain. 


Beginilah rupanya bila sudah dipanaskan. Sekarang ni, Family Mart akan cas RM1 kalau korang nak amik plastik. So, kalau nak jimat, boleh amik plastik sendiri bawak dari rumah. Aku akan mintak diorang panaskan selama 7 minit. Barulah cair elok. Sesetengah outlet dah panaskan pun bawah masih sejuk. Jadi hilang rasa salted egg tu. Macam makan ais pulak haha. 

Korang boleh kongsikan apa menu favourite korang di Family Mart di komen ya. Aku akan baca, boleh lah aku try menu yang aku tak pernah try lagi. Sekian sahaja entri untuk kali ini. 

Sumber gambar: Google Images

12 comments:

  1. Tak perasan pulak salted egg popcorn chicken ni. Masuk Family Mart semua nampak best. Tapi itulah, kadang beli yang sama je.

    ReplyDelete
  2. Banjir juga kuah ayam itu.
    Hehe masih tidak masuk-masuk beli lagi. Rasanya macam pernah masuk yang KLIA2 teman adik tapi masa itu Family Mart belum popular.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah masuk sendiri lagi Family Mart ni. Selalu suami yang masuk belikan. Kena masuk sendiri juga ni senang nak memilih.
    Nampak sedap salted egg popcorn chicken ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah memang sedap hehe. berapa kali beli tak jemu

      Delete
  4. Family mart ni memang semua nampak sedap, last-last selalu beli oden je..haha..bolehlah try yang ni pula lain kali

    ReplyDelete
  5. Saya suka lasagna, mac&cheese dengan mochi2 dia tu..Sedap juga..kalau dekat sini nak singgah Family Mart ni jenuh cari parking.

    ReplyDelete
  6. tak pernah masuk lagi family mart. nampak sedap chicken popcorn dia tu.

    ReplyDelete

Popular Posts