skip to main |
skip to sidebar
Kenapa dengan Google Adsense?
Hai korang. Semoga dipermudahkan urusan hari ini. Boleh dikatakan setiap hari jugak aku check baki Google Adsense aku untuk tengok perkembangan blog aku yang agak dikira masih barulah kan, sebab baru rajin nak update berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Aku agak musykil sebenarnya dengan pengiraan Adsense ini. Ada tak sesiapa yang mahir macam mana nak kira? Bahagian total earnings tu masih tidak berganjak, sedangkan ada juga yang klik iklan aku, yang ini aku tak pastilah kenapa earning tak naik. Huhu. Bukan itu sahaja, kadang-kadang ada satu hari itu naik juga earning untuk hari itu sahaja, tapi di bahagian total earnings tidak berubah.
Adsense ini memerlukan kriteria yang macam mana ya untuk menaikkan bahagian total earnings tu. Agak noob sikit bahagian ni. Aku cuba sertakan gambar di bawah ya. Maaf lah earnings masih lagi sikit, haha. Sesetengah orang dia segan nak tunjuk baki dalam Adsense. Tak apalah, itu adalah hak masing-masing.
Last payment tu masih yang sama walaupun last 28 hari aku earning ada. Dia tak bertambah pula. Jika ada sesiapa yang arif pasal pengiraan Adsense, bolehlah komen di bawah ya. Aku amat hargai.
Sekian ini sahaja entry untuk kali ini.
Total last payment tu akan berubah bila akhir bulan...itu apa yg akak perhatikan selama berurusan dengan google adsense..cara nak tingkat kan income adsense kena rajin update entry, letak tajuk entry yg gempak2 untuk tarik perhatian org baca..then kena blogwalking selalu...
ReplyDeleteoh ye ke kak, thanks atas tipsnya. Akan diusahakan lagi. ;) Ingatkan tak berubah, risau pulak huhu. Sebab total earnings tu masih sama, ingatkan ada prob ke apa ke..
Deleteray dah lama say bye bye to adsense haha
ReplyDeleteoh ye ke. jadi ray guna apa ganti adsense?
DeleteTotal payment tu akan kosong semula bila pembayaran dah dibuat. Biasanyaa 21hb macam tu. earnings tak naik mungkin sebab jenis iklan yang keluar bayaran tak tinggi kot. Iklan pun ada yang ikut pageviews, cpc,rpm dan semua tu lah. Kadang pv tinggi, earnings tak banyak pun.
ReplyDeleteSusah nak fahami adsense ni. Kena tanya pada yang pakar adsense.
oh patutlah, thanks kak atas explanation
DeleteTak pasti awak macam mana dia kira, kadang ada view tinggi earning sikit. view sikit earning banyak. Tapi naik earning tu saya banyakkan entri seo, mudah sikit dpt
ReplyDeleteentahlah haha. jadi pening kejap. sebab macam rugi kalau tak dikira. dah banyak tu huhu
Deletekadang kala monitoring system adsense akan fikir yang klik tu invalid sebab tu earning tak naik walau ada klik pada iklan..
ReplyDeleteoh patutlah huhu, sedangkan tak ada mintak suruh klik ke apa. sedihnya
Deletealah sedih pulak huhu
ReplyDeleteUtk total earning tu akan berubah setiap hujung bulan.. Kiranya audit hujung bulan gitu.. Dan biasanya setiap 21-25hb akan dapat payment.. Itupun kalau dapat capai 100USD dah..
ReplyDeleteCara naikkan adsense nie ada banyak juga,, Bergantung dengan PV, jenis iklan, konten blog, susunan iklan kita dan byak lagi.. Setiap org tidak sama pengiraan adsense dia walaupun mempunyai pageview yg sama..
Apa yg penting sekali ialah konten dan fokus pageview dulu.. InsyaAllah slowly adsense akan meningkat..